Belum sempurna tapi ada peningkatan - Utusan Malaysia

Belum sempurna tapi ada peningkatan

PENYERANG remaja Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi (dua, kiri) ketika menentang Filipina di Singapura, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad kebangsaan bermula baik di bawah kendalian Kim Pan Gon selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Filipina, namun masih ba­nyak yang perlu diperbaiki terutama daripada segi konsisten.

Dapat dilihat pada 10 minit pertama, Harimau Malaya mempamer tempo permainan pantas tetapi corak itu tidak kekal lama apabila pada minit berikutnya ‘suhu’ permainan mula menurun.

Bagaimanapun, jurulatih dari Korea Selatan itu telah memaklumkan lebih awal bahawa anak buahnya memerlukan masa untuk ‘menghadam’ semua taktikal yang diterapkan olehnya.

Jelasnya, secara keseluruhan dia menghargai kesungguhan ditunjukkan pemain ketika diturunkan dan mereka berusaha keras untuk mengikuti perancangan yang dirangka.

“Saya teruja dengan perlawanan ini. Selepas lapan hari menjalani latihan, pemain me­nunjukkan keinginan mereka (untuk menang).

“Saya menghargai semua pemain yang menunjukkan kerja keras sebagai satu pasukan dan cuba sedaya upaya mengikuti segala taktikal yang dirancang pasukan,” katanya ketika sidang akhbar selepas perlawanan.

Akhyar Rashid menjadi watak penting buat pasukan negara apabila meledak dua gol untuk membantu Malaysia membenam Filipina 2-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium National, Singapura kelmarin.

Liridon Krasniqi (kiri) gagal menampilkan aksi meyakinkan.

Aksi ditampilkan pemain negara seperti Dion Cools, Ahmad Khuzaimi Piee, Akhyar dan Safiq Rahim turut mendapat pujian peminat, namun dua pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh me­nerima kritikan pedas.

“Akhyar mempunyai permainan yang bagus tetapi saya dapat melihat semua pemain Malaysia mempunyai kualiti mereka sendiri cuma mereka harus percaya pada diri mereka sendiri bahawa mereka cukup baik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya