Bayern belasah Salzburg untuk ke suku akhir - Utusan Malaysia

Bayern belasah Salzburg untuk ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Robert Lewandowski meledak hatrik pada 23 minit pertama ketika membantu Bayern Munich membelasah Red Bull Salzburg 7-1 hari ini untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara secara agregat 8-2.

Kapten Poland itu yang membuat penampilan ke-100 dalam saingan elit Eropah menyempurnakan dua sepakan penalti dalam tempoh 21 minit selepas dua kali dijatuhkan oleh pertahanan Salzburg, Maximilian Wober.

Dia meledak gol ketiga pada minit ke-23 menerusi rembatan jarak dekat selepas penjaga gol lawan, Philipp Kohn gagal mengeluarkan bola.

Bayern menguasai permainan di Allianz Arena sepenuhnya berbeza dengan perlawanan pertama yang menyaksikan kedua-dua pasukan seri 1-1 di Austria.

Thomas Muller meledak dua gol buat tuan rumah, manakala dua lagi jaringan disempurnakan oleh Serge Gnabry dan Leroy Sane.

Maurits Kjaergaard menjaringkan gol saguhati Salzburg pada minit ke-70. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya