Bayar hutang dalam 72 jam jika mahu kembali ke Astaf - Utusan Malaysia

Bayar hutang dalam 72 jam jika mahu kembali ke Astaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) sedia menerima semula Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai ahli gabungan, namun dengan syarat badan itu melangsaikan hutang tertunggak kepada Astaf.

Setiausaha Agung Astaf, Boonchai Lorhpipat dalam surat balas kepada Setiausaha Agung PSM, Datuk Abidullah Salleh memberi tempoh 72 jam atau selewat-lewatnya pada 3 Mac ini untuk PSM melangsaikan kos pendengaran panel disiplin sebanyak AS$15,000 (RM62,895).

“Pada pemahaman saya, PSM berminat untuk kembali menjadi ahli Astaf selepas keahlian mereka digugurkan pada 20 Mei tahun lalu.

“Begitupun mereka gagal membayar balik kepada Astaf AS$15,000 bagi menampung kos keseluruhan perbicaraan tatatertib dalam tempoh 14 hari seperti yang maklumkan.

“Jadi sebelum terus ke hadapan, PSM perlulah menyelesaikan baki tertunggak dalam tempoh 72 jam atau sebelum jam 5 petang (waktu Bangkok) 3 Mac ini ,” kata Boonchai dalam satu kenyataan akhbar.

Pada 20 Mei tahun lalu, PSM disingkirkan Astaf daripada menjadi ahli gabungan badan induk itu berkuat kuasa serta merta selepas didapati bersalah susulan tindakan bekas Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail, sebagai Timbalan Presiden Astaf, menghantar surat kepada Majlis Olimpik Asia dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Tindakan tersebut melanggar perjanjian untuk mematuhi segala objektif dan perlembagaan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan Astaf seperti dimeterai 14 Mac 2008.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya