DOHA: Enea Bastianini merangkul kemenangan pertama dalam kejuaraan MotoGP dunia apabila memenangi perlumbaan sulung 2022, Grand Prix Qatar sebentar tadi pada ketika dua pelumba Ducati gagal menamatkan saingan kerana isu teknikal dan kemalangan.
Pelumba Gresini Racing dari Itali itu menamatkan saingan di depan Brad Binder dari Red Bull KTM, manakala pelumba Honda, Pol Espargaro mengatasi abangnya, Aleix (Aprilia) untuk menduduki tangga ketiga.
Juara MotoGP enam kali, Marc Marquez dari Honda berada di tempat kelima dan juara bertahan, Fabio Quartararo (Yamaha) kesembilan.
“Saya bagaikan hilang kata-kata. Saya ingin mendedikasikan kemenangan ini buat Fausto (Gresini) kerana dia banyak ‘menolak saya dari langit’.
“Ini adalah kemenangan yang hebat buat pasukan,” kata Bastianini penuh emosi sambil menunjuk ke langit. – AGENSI