Azizulhasni, Cheong Min atlet terbaik negara?

Azizulhasni, Cheong Min atlet terbaik negara?

AZIZULHASNI Awang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan memenangi dua pingat gangsa Kejohanan Dunia 2020 di Berlin dan muncul juara Asia di Jincheon meletakkan jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang sebagai calon pilihan untuk dinobat sebagai Olahragawan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020 hari ini.

Anugerah itu yang sudah beberapa kali tertunda gara-gara pandemik Covid-19 dan bencana banjir akhirnya akan berlangsung di ibu negara, de­ngan ‘kejutan’ juga dijangka berlaku dalam pemilihan pemenang Olahragawati.

Kejayaan Tan Cheong Min memenangi pingat emas acara nandao dalam Kejohanan Dunia di Shanghai, China pada Oktober 2019 meletakkan­nya sebagai sebagai pilihan untuk muncul atlet wanita terbaik.

Tan Cheong Min

Ramalan

Jika Cheong Min, 24, menepati ramalan tersebut itu bermakna, dia akan menjadi atlet wusyu pertama memenangi pengiktirafan tertinggi tersebut sejak ASN diperkenalkan pada 1966.

Bagaimanapun, Cheong Min yang turut meraih perak acara nanquan pada kejohanan itu perlu bersaing sengit dengan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong yang merupakan Olahragawati 2015, 2012 dan 2011.

Turut berada dalam senarai akhir pencalonan adalah Siti Zalina Ahmad (boling padang), Sin Li Jane (boling) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik).

Dalam saingan Olahragawan, Azizulhasni yang juga pemenang ASN 2017, 2010 dan 2009 akan bersaing dengan jaguh bina badan, Mohd. Syahrul Azman Mahen Abdullah, Khairul Anuar Mohamad (memanah), Timmy Tan Chye Chern (boling) dan Wong Weng Son (wusyu).

BONNIE BUNYAU GUSTIN

Bagi kategori Olahragawan Paralimpik, atlet para memanah, S. Suresh mengetuai senarai akhir bersama Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Cheah Liek Hou (para badminton), Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (para renang) dan Chew Wei Lun (boccia).

Pemenang Olahragawan dan Olahragawati Kebangsan serta Paralimpik akan menerima menerima piala, piala iringan, sijil dan hadiah wang tunai RM20,000.

CALON OLAHRAGAWAN KEBANGSAAN
Datuk Azizulhasni Awang ( basikal trek), Mohd. Syahrul Azman Mahen Abdullah (bina badan),
Khairul Anuar Mohamad (memanah), Timmy Tan Chye Chern (boling), Wong Weng Son (wusyu).

CALON OLAHRAGAWATI KEBANGSAAN
Datuk Pandelela Rinong (terjun),
Tan Cheong Min (wusyu), Siti Zalina Ahmad (boling padang), Sin Li Jane (tenpin), Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik).

CALON OLAHRAGAWAN PARALIMPIK KEBANGSAAN
S. Suresh (memanah), Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting),
Cheah Liek Hou (para badminton), Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (para renang), Chew Wei Lun (boccia).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya