ATM Guardians tetap garang - Utusan Malaysia

ATM Guardians tetap garang

Pemain Putrajaya Cyborg, Mohamad Muslim M. Ramli (kanan) melakukan rejaman pada Liga Premier, STL 2021/2022 antara ATM Guardians menentang Putrajaya Cyborg di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: ATM Guardians membuktikan kenapa mereka layak bergelar juara musim ini apabila bangkit daripada ketinggalan jauh dalam tie-break untuk mengatasi Putrajaya Cyborg 2-1 dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Indera Mulia, Ipoh, sebentar tadi.

Cyborg tampak menuju kemenangan mudah apabila mendahului 8-0 dalam set penentuan itu.

Bagaimanapun, trio ATM terdiri daripada Muhamad Hairul Hazizi Haidzir, Muhammad Afifuddin Mohd. Razali dan Muhammad Sobrie Samsuddin tenang mengutip mara demi mata untuk mengikat kedudukan 12-12 .

Selepas tiga kali terikat pada 12-12, 13-13 dan 14-14, ATM kemudian mengambil alih giliran mendahului perlawanan 15-14 dan hanya membenarkan lawan mengutip satu mata sebelum menamatkan perlawanan 21-15.

Begitupun sebelum itu trio Putrajaya terdiri daripada Mohammad Syahril Rosdi, Mohamad Muslim Ramli dan Muhammad Faizulhairy Osman melakukan kejutan apabila beraksi baik di set pertama untuk menang 21-13.

PEMAIN ATM Guardians, Ab Muhaimi Che Bongsu (kiri) melakukan rejaman pada Liga Premier, STL 2021/2022 antara ATM Guardians menentang Putrajaya Cyborg di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. – UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

ATM nyata tidak punyai jawapan kepada servis kencang Syahril serta rejaman Mohamad Muslim yang tidak mensia-siakan umpanan Faizulhairy.

Namun kemasukan Afifuddin di set kedua menjadi igauan buat Cyborg apabila perejam kebangsaan itu mengemudi kebangkitan ATM dengan kemenangan mudah 21-8 untuk mengikat kedudukan 1-1.

Walaupun ATM hilang momentum seketika di tie-break yang menyaksikan lawan meluru jauh ke hadapan tetapi mereka segera bangkit untuk menafikan sebarang impian Cyborg.

Selepas mengutip mata pertama pada kedududukan 8-1, trio ATM memperagakan kebangkitan dramatik untuk menghalang Cyborg mengaibkan mereka.

Sementara itu, Pengurus Putraja Cyborg, Shahzan Ismail berkata, kemenangan pasukan lawan membuktikan ATM Guardians tetap mahukan kemenangan meskipun sudah mengesahkan kejuaraan musim ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya