Apa perasaan 'brother' 90 minit main tanpa gaji? - Utusan Malaysia

Apa perasaan ‘brother’ 90 minit main tanpa gaji?

YUSRI Che Lah (tengah) bersama pemain Perak FC-IHSAN PERAK FOOTBALL CLUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: “Jika brother jadi pemain, apa perasaan bermain bola selama 90 minit tanpa gaji ?”

Itu pertanyaan Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah kepada pemberita selepas perlawanan antara Perak FC dengan PDRM FC di Stadium Perak yang menyaksikan pasukan tuan rumah kalah 1-3, Ahad lalu.

Sebaik sahaja mengeluarkan kata-kata tersebut, Yusri bangun lantas meninggalkan sidang akhbar selepas mengucapkan terima kasih .

Jurulatih itu memberi respons sedemikian ketika ditanya apa yang berlaku kepada anak-anak buahnya terutama pada babak kedua.

Dalam aksi tersebut, pemain muda Perak berjaya memberi saingan kepada pelawat hingga berjaya mendahului skuad Sang Saka Biru melalui jaringan Royizzat Daud pada minit ke-13.

Bagaimanapun PDRM bangkit dengan tiga gol untuk memusnahkan harapan pasukan tuan rumah pada babak kedua.

Tindakan jurulatih itu dipercayai berpunca kekecewaannya terhadap pemilik Perak FC, Impact Media & Communication (IMC) Sdn. Bhd. berikutan kemelut yang menimpa pasukanya.

Yusri yang selama ini mengunci mulut sejak mula mengambil alih pasukan tiga bulan lalu nyata tidak mampu menyembunyikan kekecewaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya