Ahmad Zahid bakal terajui Kuala Lumpur? - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid bakal terajui Kuala Lumpur?

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengalaman Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang pernah memimpin pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meletakkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai calon hangat untuk menerajui Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Menurut sumber, Presiden KLFA ketika ini, Khalid Abdul Samad yang telah menerajui persatuan sejak 2019 mahu berundur, sekali gus menyaksikan kerusi No. 1 itu kosong.

Ketika ini, ada usaha untuk ‘menolak’ Ahmad Zahid sebagai bos baharu KLFA biarpun Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan sebagai presiden baharu.

Ahmad Zahid berjaya membawa ATM (2012) dan PDRM (2014) muncul juara Liga Perdana ketika menjadi penasihat pasukan, malah ATM juga muncul juara Sumbangsih 2013 dan naib juara Piala Malaysia pada 2012.

Pengalamannya diharap mampu membantu merancakkan pembangunan bola sepak Kuala Lumpur yang mengejutkan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menjulang Piala Malaysia tahun lalu.

“Semua orang tahu, Khalid Abdul Samad mahu meletakkan jawatan dan Tan Sri Annuar Musa pula sudah menyuarakan hasrat untuk berundur sebagai Presiden KL City, jadi ada kekosongan yang perlu diisi.

“Kuala Lumpur memerlukan individu berkaliber dan Ahmad Zahid dilihat sebagai calon terbaik kerana pengalamannya bersama PDRM dan ATM sebelum ini.

“Beberapa pihak sudah me­nemuinya tetapi beliau belum menyatakan persetujuan biarpun ada menunjukkan minat.

“Melihat pengalaman Ahmad Zahid, jelas beliau calon terbaik untuk meletakkan KL City sebagai pencabar Liga Malaysia,” kata sumber.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya