22 orang cedera, penyokong Liga Mexico bergaduh - Utusan Malaysia

22 orang cedera, penyokong Liga Mexico bergaduh

PENYOKONG Atlas dan Queretaro berlari menyelamatkan diri ke tengah padang selepas pergaduhan tercetus ketika perlawanan Liga Mexico berlangsung di Stadium Corregidora, Queretaro semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUERETARO, Mexico: Penyokong dua pasukan yang saling membenci dirakam menyerang satu sama lain, terma­suk membaling kerusi dan tong sampah logam dalam aksi Liga Mexico (Liga MX) semalam.

Sekurang-kurangnya 22 orang cedera, dua daripadanya kritikal, malah beberapa portal tempatan sebelum itu mendakwa sehingga 17 orang maut dan 44 cedera.

Perlawanan antara tuan rumah Queretaro dan Atlas yang juga juara bertahan digantung pada minit ke-62 apabila beberapa pergaduhan tercetus di tempat duduk penonton.

Anggota keselamatan membuka pintu masuk ke padang supaya peminat, termasuk wanita dan kanak-kanak, dapat menyelamatkan diri dari tempat duduk.

Pemain Atlas dengan cepat melarikan diri ke bilik persalinan, manakala sebahagian pemain Queretaro, termasuk penjaga gol Uruguay, Washington Aguerre kekal berhampiran bangku simpanan untuk menenangkan penyokong.

Selepas beberapa minit, pergaduhan bergerak ke padang di mana penyokong terus menumbuk dan menendang.

Kelihatan beberapa orang bersenjatakan kerusi dan palang besi.

Seorang peminat pula dilihat sedang menarik pisau untuk memotong jaring salah satu gawang, manakala yang lain memusnahkan bangku dan ada yang bergaduh dalam terowong ke padang.

“Setakat ini tiada laporan kematian, 22 orang cedera, sembilan daripadanya dibawa ke Hospital Besar dan daripada jumlah ini, dua kritikal.

“Selebihnya stabil. Perlu di­sebutkan bahawa semua yang cedera adalah lelaki dan pada masa ini telah disahkan bahawa empat dari wilayah Jalisco,” kata agensi perlindungan awam ­Queretaro.

Video dan gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan ada peminat terbaring tidak bergerak di atas tanah dan ramai lagi berlumuran darah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya