Zuraimi jurulatih penjaga gol Perak FC - Utusan Malaysia

Zuraimi jurulatih penjaga gol Perak FC

ZURAIMI Hassan (kanan) dan Zamir Selamat ketika sesi latihan pasukan Perak FC di Ipoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Bekas penjaga gol Pahang dan kebangsaan, Zuraimi Hassan dilantik sebagai jurulatih penjaga gol Perak FC untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengumuman itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Muhammad Yunus Zakaria kelmarin.

Zuraimi, 45, mempunyai pengalaman luas kerana pernah mengendalikan barisan penjaga gol pasukan The Red Warriors (TRW) dan juga bekas jurulatih Felda United .

Zuraimi menggantikan jurulatih musim lalu, Mohd. Faozi Mukhlas berikutan penstrukturan pasukan itu oleh pemiliknya, Impact Media & Communication (IMC) Sdn. Bhd.

Pengambilan Zuraimi diharap dapat menyediakan penjaga gol yang mampu bersaing dengan pasukan lain kerana Perak FC membariskan penjaga gol muda selepas pemergian Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy ke Penang FC, musim ini.

Perak FC menyandarkan harapan kepada empat penjaga gol muda iaitu, Mohammad Nasrullah, Syazwan Syazany, Farhan Majid dan Yuganes Ganessan.

The Bos Gaurus yang mengambil khidmat barisan kejurulatihan baharu untuk musim ini melantik Chan Wing Hoong selaku ketua penolong jurulatih menggantikan Mohd. Shahril Nizam Khalil.

Manakala Zahid Hashim adalah penolong jurulatih baharu menggantikan Shahrulnizam Mustapha.

Kedua-dua jurulatih itu kini ditempatkan bersama pasukan Piala Presiden Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya