Zuraidin tawar diri tanding Presiden PSM - Utusan Malaysia

Zuraidin tawar diri tanding Presiden PSM

ZURAIDIN Abdullah menunjukkan kenyataannya untuk menawar diri merebut kerusi No.1 PSM di Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Presiden Gabu­ngan Sepak Takraw Kelantan (Gastak) Zuraidin Abdullah secara rasmi menawar diri untuk bertanding jawatan No. 1 Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) yang akan mengadakan proses pemilihan pada 12 ­Febuari depan.

Zuraidin berkata, tawaran itu dibuat bagi memberi nafas baharu, sekali gus melonjakkan semula sukan tradisi ber­kenaan di pentas antarabangsa.

Menurutnya, keputusan untuk bertanding jawatan tersebut selepas mendapat persetujuan penuh daripada ahli Gastak.

“Antara fokus saya jika diberi mandat ialah merancakkan program pembangunan peringkat akar umbi kerana ia adalah tunjang utama untuk PSM dalam melahirkan lebih ramai bakat-bakat dan jaguh baharu sepak takraw sejak kanak-kanak lagi.

“Kanak-kanak adalah ge­nerasi pewaris takraw negara,” kata­nya selepas Mesyuarat Ahli jawatankuasa Gastak di sini semalam.
Zuraidin memberitahu, penyusunan semula pasukan kebangsaan turut menjadi agenda yang akan diberikan penekakan olehnya.

Katanya, beliau mahu nama Malaysia kembali gah di pentas antarabangsa, terutama di Asia, selain Asia Tenggara.

“Selain itu budaya kerja satu pasukan perlu diberikan nafas baharu supaya kita dapat berpadu tenaga melonjakkan semula sepak takraw,” ujarnya.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Kelantan itu berkata, kemelut yang melanda PSM ­tahun lalu sehingga berdepan penggantungan oleh Persatuan Sepak Takraw Asia (Astaf) telah memberikan impak negatif terhadap badan induk itu.

Katanya, angin perubahan amat diperlukan untuk bagi memastikan sepak takraw Malaysia kembali gah.

Sebelum ini, Datuk Akramuddin Abdul Aziz turut memberi bayangan untuk bertan­ding jawatan Presiden PSM yang kini dipangkunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya