Zii Jia akan 'bergabung' dengan Viktor di Dubai - Utusan Malaysia

Zii Jia akan ‘bergabung’ dengan Viktor di Dubai

LEE Zii Jia akan ‘bergabung’ dengan pemain No. 1 dunia, Viktor Axelsen dan rakan-rakannya yang kini berlatih di Dubai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lee Zii Jia ­akhirnya mendedahkan rancangan untuk menjalani latihan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam masa terdekat.

Pemain No. 7 dunia itu bagaimanapun menegaskan, tumpuannya kini adalah untuk membentuk pasukan sendiri yang dijangka lengkap bulan hadapan menjelang Terbuka Jerman (8-13 Mac), sebelum berlepas ke Dubai.

“Seperti yang saya katakan, keutamaan saya adalah untuk menyiapkan pasukan dan ya, saya akan ke sana (Dubai),” katanya kepada pemberita selepas latihan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara semalam.

Zii Jia, 24, bakal menyertai kem latihan yang ditubuhkan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo 2020, Viktor ­Axelsen dari Denmark yang turut disertai juara dunia, Loh Kean Yew dari Singapura.

Juara All England 2021 itu pada masa sama mendedahkan terdapat empat syarikat pengeluar barangan badminton gergasi telah ‘menghantar kertas kerja’ bagi menjadi penajanya untuk menjalani latihan di Dubai, namun semuanya masih dalam peringkat rundingan.

“Saya akan umumkan penaja tidak lama lagi, saya juga masih dalam proses rundingan untuk mendapatkan jurulatih baharu, semuanya sulit dan rahsia, sebaik sahaja sah nanti, saya akan umumkan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zii Jia mengakui berdepan cabaran selepas memilih untuk keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi bergelar pemain profesional.

LEE ZII JIA

Pemain kelahiran Kedah itu, bagaimanapun bersyukur kerana ahli keluarga terutama kakaknya, Lee Zii Yii telah ­banyak memberi sokongan kepadanya sejak bergerak secara solo.

“Memang cabaran besar kerana saya perlu menyusun semua perkara secara sendiri namun saya hargai bantuan oleh kakak dan keluarga, jadi kini saya hanya perlu fokus kepada latihan dan menghasilkan keputusan yang baik,” katanya.

Pemain No. 1 negara itu kini berlatih bersama dua lagi pemain badminton profesional iaitu Liew Daren dan Soong Joo Ven.

Zii Jia akan mengetuai pasukan badminton Malaysia bagi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam pada 15-20 Februari depan.

Dia juga menjelaskan buat masa sekarang, dirinya lebih selesa mendapatkan rawatan luar daripada Institut Sukan Kebangsaan (ISN), tanpa menafikan akan kembali mendapatkan bantuan kemudahan ISN pada masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya