Vlahovic ‘jentik’ emosi penyokong Arsenal

Vlahovic ‘jentik’ emosi penyokong Arsenal

DUSAN Vlahovic meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu Juventus menentang Villarreal di Stadium La Ceramica, Vila-real, Sepanyol semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dusan Vlahovic tidak membuang masa untuk membuktikan mengapa dia pembelian paling berbaloi buat Juventus apabila meledak gol hanya 32 saat selepas membuat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara semalam.

Jaringan Vlahovic membantu Juventus mengikat Villarreal 1-1 pada pusingan pertama, peringkat 16 akhir di Sepanyol. Sekali gus meletakkan gergasi Itali itu sebagai pilihan untuk memenangi aksi kedua di Turin bulan depan.

Bekas penyerang Fiorentina itu menjadi sasaran utama pengurus Arsenal, Mikel Arteta sepanjang jendela perpindahan Januari untuk menggantikan Pierre-Emerick Aubame­yang.

Bagaimanapun kelab London itu gagal mendapatkan bakat dari Serbia tersebut, yang akhirnya menyertai Juventus menerusi rekod perpindahan 70 juta euro (RM331.91 juta).

Vlahovic yang memakai jersi No. 7 mendada bola, menewaskan pertahanan Villarreal sebelum melepaskan rembatan ke penjuru kanan gawang bagi membolehkan Juventus mendahului 1-0.

Jaringan itu hadir beberapa minggu selepas pemain berusia 22 tahun tersebut meledak gol pada minit ke-13 dalam pemampilan sulung bersama Juventus.

“Arsenal benar-benar terlepas Vlahovic,” tulis pemilik akaun Riz dan Regardless di Twitter.

“Benar-benar berharap Arsenal mendapat Vlahovic. Dia sangat bagus,” kata Ose pula.

“Suka Vlahovic dan juga sangat membencinya pada masa sama kerana menolak ­Arsenal…Penyerang kelas dunia,” tulis Robbie Dobs.

“Bagaimana kami terlepas Dusan Vlahovic,” tulis seorang lagi penyokong Gunners, Uncle Morgan.

“Menonton Vlahovic bermain buat kali pertama dan sungguh menyakitkan kerana dia boleh membawa Arsenal kembali ke tahap yang tinggi dengan cepat,” tulis pemilik akaun Justsul. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya