Trio NS sedia gegar Spice Arena - Utusan Malaysia

Trio NS sedia gegar Spice Arena

KEPULANGAN trio Mohamad Hisham Mat, Hafizul Hayazi dan Zul Efendi Sumari memberi keyakinan kepada NS Antlers untuk berdepan Putraya Cyborg hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU: Kepulangan semula trio berbisa Mohamad Hisham Mat, Hafizul Hayazi dan Zul Efendi Sumari meyakinkan Negeri Sembilan (NS) Antlers untuk meneruskan momentum baik apabila mengharungi minggu ketujuh Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 yang memasuki Spice Arena, Bayan Baru.

Gadingan Mohamad Hisham atau lebih dikenali sebagai Pok Sey (tekong), Hafizul (perejam) dan Zul Efendi (pengumpan) memberi keyakinan kepada pengurus pasukan, Mohd. Syaharin Ismail untuk berdepan naib juara Divisyen 1 musim lalu, Putrajaya Cyborg hari ini.

Skuad Rusa yang mengalahkan Perak Bison 18-21, 21-5, 21-15 dalam perlawanan terakhir mereka minggu lalu kemudian akan berdepan pasukan bermasalah, Kelantan Warriors dalam aksi kedua esok.

“Hafizul akan kembali membentuk trio itu mantap kali ini, Yus Hanif Rosli juga akan kembali. Harap mereka dapat mengekalkan momentum kemenangan seperti di Kelantan minggu lalu.

“Paling penting, persefahaman antara trio dalam gelanggang nanti. Saya percaya mereka mampu merawat semula kekalahan lalu setelah dua pemain terpaksa direhatkan atas faktor kesihatan.

“Ikutkan, ini satu cabaran buat pasukan apabila bertemu Putrajaya Cyborg kerana mereka mempunyai taktikal tersendiri dalam perlawanan,” kata pengurus NS Antlers, Mohd. Syaharin Ismail kepada Utusan Malaysia.

NS Antlers tewas 1-2 kepada Cyborg dalam pertemuan pertama mereka bulan lalu dan menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan pertama.

Ketika ini, Negeri Sembilan Antlers menduduki tangga kelima Carta STL dan berkongsi 14 mata dengan pasukan Putrajaya Cyborg.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya