Lewis Hamilton minta FIA dedahkan hasil siastan - Utusan Malaysia

Lewis Hamilton minta FIA dedahkan hasil siastan

LEWIS HAMILTON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lewis Hamilton menuntut Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mendedahkan hasil siasatan terhadap kontroversi yang menjejaskan peluangnya untuk merangkul kejuaraan Formula Satu (F1) buat kali kelapan pada Grand Prix Abu Dhabi, Disember lalu.

Max Verstappen yang memenangi gelaran dunia pertama tahun lalu ­memintas pemandu Britain itu di pusi­ngan akhir yang berlangsung dramatik.

Biarpun sudah lebih dua ­bulan lalu, apa yang berlaku dalam perlumbaan itu masih menjadi perdebatan hangat dalam kalangan peminat, pakar dan pemandu.

Hamilton, 37, akan beraksi pada perlumbaan pertamanya musim ini dalam tempoh sebulan dari sekarang. Dan dia berminat untuk melihat FIA mengeluarkan laporan penuh tidak lama lagi agar semua ­kontroversi itu dapat dihentikan.

MAX VERSTAPPEN

“Saya belum melihatnya lagi. Saya tidak sangka ia sudah keluar dan begitu teruja untuk melihat keputusan laporan itu.

“Saya berharap semua orang akan dapat melihatnya dan mungkin mempunyai kefahaman lebih baik tentang segala-galanya.

“Jadi kami boleh bergerak ke hadapan bersama cahaya yang positif,” kata Hamilton.

Walaupun laporan penuh belum didedahkan kepada umum, FIA telah melakukan beberapa perubahan de­ngan pengarah perlumbaan kontroversi itu, Michael Masi ­dipindahkan ke bahagian lain.

Sistem Bilik Kawalan Perlumbaan Virtual (VAR) yang hampir sama dengan video bantuan pe­ngadil dalam bola sepak. Dan akan beroperasi dari jauh dan membantu apabila melibatkan kejadian besar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya