Tok Gajah sasar kelompok 5 terbaik musim ini - Utusan Malaysia

Tok Gajah sasar kelompok 5 terbaik musim ini

CHRISTOPHE Gamel (tengah) bersama pemain Sri Pahang pada majlis pelancaran jersi baharu skuad itu musim 2022 di Kuantan hari ini. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang mahu berada sekurang-kurangnya di tangga ke lima teratas carta Liga Malaysia (Liga M) musim ini berbanding pada kedudukan ke-10 pada musim lalu.

Sasaran itu dianggap realistik kerana skuad Tok Gajah itu telah membentuk satu pasukan baharu yang lebih baik selepas tidak menyambung kontrak 13 pemain termasuk empat awang import.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Muhammed Suffian Awang yakin sasaran itu boleh dicapai berdasarkan mereka yang bersama Sri Pahang musim
ini adalah jurulatih dan pemain baharu dan telah diuji dalam beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

“Cabaran utama yang kita hadapi ialah untuk membentuk persefahaman dalam kalangan pemain tetapi ia semakin menyakinkan dengan bimbingan ketua jurulatih, Christophe Gamel.

“Selain itu, cabaran lain ialah berdepan wabak Covid-19 yang memerlukan displin tinggi bukan sahaja Sri pahang, malah semua pasukan tidak mahu berlaku penangguhan perlawanan apabila ada pemain yang didapati positif wabak Covid-19,” katanya.

PEMAIN Sri Pahang pada majlis pelancaran jersi baharu pasukan itu musim 2022 di Kuantan hari ini. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF

Menurutnya, semua pihak diharap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam usaha menyekat penularan wabak terbabit ketika saingan liga berlangsung musim ini agar tidak berlaku penangguhan sehingga mengganggu jadual perlawanan seperti musim lalu.

Muhammed Suffian berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran jersi baharu Sri Pahang musim
2022 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain dan Pengerusi Jawatankuasa
Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.

Bagi musim 2022, Sri Pahang menggunakan jersi utama jenama Hakka berwarna kuning, manakala jersi kedua berwarna merah jambu.

“Musim ini, jersi pemain lebih kepada mempromosikan Pahang dengan tagline Visit Pahang dan Invest Pahang. Diharapkan jersi baharu ini akan menarik minat penyokong setia Sri Pahang dan boleh mula dibeli secara dalam talian di sri pahang.com bermula pukul 9 malam ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya