KUALA LUMPUR: Johor Tigris mengulangi aksi konsisten mereka ke atas Penang Black Panthers apabila sekali lagi menewaskan pencabar dari utara tanah air itu 2-1 pada pusingan kedua, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.
Anak-anak buah Ahmad Jais Baharun itu tewas set pertama 17-21, namun bangkit mengukir kemenangan pada set kedua 21-19.
Permainan yang berlanjutan sehingga ke set penentuan menyaksikan Johor terus mengibar bendera kemenangan apabila menutup aksi dengan keputusan 21-11. – UTUSAN