Tanpa Sobey, Cyborg mudah benam Warriors - Utusan Malaysia

Tanpa Sobey, Cyborg mudah benam Warriors

stl
APIT kanan Putrajaya Cyborg, Mohamad Muslim M. Ramli (dua, kiri) melakukan libasan ketika menentang Kelantan Warriors dalam STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.- FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kelantan Warriors terus dirundung malang apabila ditimpa kekalahan lagi dan kali ini giliran Putrajaya Cyborg pula menambah derita pasukan Pantai Timur itu dengan kekalahan mudah 2-0 dalam aksi Premier pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Tanpa kelibat tekong kebangsaan, Muhammad Zulkifli Abd Razak atau lebih mesra dengan panggilan Sobey, Kelantan seolah-olah tidak bermaya apabila mereka kecundang 18-21, 9-21 di tangan Putrajaya yang kini menghuni tempat ketiga dalam carta STL setelah mengumpul 14 mata daripada tujuh kemenangan.

Kelantan pula kini terperosok di kedudukan tercorot setelah hanya mengumpul enam mata daripada tiga kemenangan.

Minggu depan STL akan beralih ke angin ke Kota Bharu, Kelantan dan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan skuad bimbingan Azhar Sarabini itu sebaik mungkin untuk bangkit dan sekali gus mencipta kemenangan.

Bagi Putrajaya Cyborg pula, berada dalam kelompok tiga terbaik carta liga sudah pasti mahu dikekalkan mereka untuk sekurang-kurangnya memastikan slot dalam Piala Juara-Juara di Johor dapat direalisasikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya