Syahmi cedera kerana tidak biasa dengan latihan berintensiti JDT - Utusan Malaysia

Syahmi cedera kerana tidak biasa dengan latihan berintensiti JDT

SYAHMI Safari baru menyertai JDT dari Selangor, bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengharungi pramusim yang baik di Dubai dan kebanyakan pemain menyesuaikan diri dengan sistem baharu bagi menghadapi Liga Malaysia (Liga M) musim 2022.

Bagaimanapun Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora mengakui, terdapat sedikit masalah yang yang dihadapi pasukannya sepanjang sesi terseubut.

Tiga pemain, Bergson da Silva, Shio Hong Wan dan S. Kunanlan terlepas aksi persahabatan kerana masalah kesihatan, manakala pemain yang baru menyertai Harimau Selatan dari Selangor, Syahmi Safari mengalami kekejangan otot.

Begitupun secara keseluruhan, beliau gembira pemainnya semakin pulih dan  menyesuaikan diri dengan sistem baharu dan pelbagai variasi permainan, malah perlawanan persahabatan pramusim  juga tampak menggalakkan.

“Bergson da Silva sudah pulih daripada jangkitan di perut yang menyebabkan dia terlepas perlawanan terakhir, namun Hong Wan dan S. Kunanlan masih tidak dapat diturunkan kerana keracunan makanan.

“Syahmi Safari pula mengalami kekejangan di bahagian hamstring kerana tidak biasa dengan sesi latihan berintensiti tinggi seperti di JDT, namun dia semakin pulih dengan baik dan bersedia untuk beraksi selepas sesi pemulihan,” katanya dalam Twitter Johor Southern Tigers semalam.

JDT yang melakukan persiapan untuk mengekalkan dominasi Liga M selaku juara Liga Super lapan musim berturut-turut kekal tanpa kalah dalam tiga aksi perlawanan persahabatan yang diharungi.

Pasukan itu seri menentang dua kelab dari Eropah, MSK Zilina (2-2) dan Riga FC (1-1), selain menewaskan Shabab Al Ahli dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-0.

Harimau Selatan akan menghadapi dua lagi perlawanan persahabatan menentang kelab Rusia, Rodina Moscow (hari ini) dan Spartak Moscow (5 Februari).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya