STL: Umpanan, servis mampu ancam ATM Guardians

STL: Umpanan, servis mampu ancam ATM Guardians

stl
AKSI ATM Guardians (baju merah) ketika menentang Bomba Fighters dalam saingan Liga Premier, STL 2021/2022 di Kompleks Sukan Panji, Kota Bharu minggu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Masalah umpanan dan servis mampu menjadi penghalang terbesar ATM Guardians. Masalah itu perlu diatasi segera jika mereka mahu merangkul kejuaraan Premier, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022).

Pengendali pasukan, Aswadi Abdullah mengakui, selain perlu mengekalkan fokus pada baki saingan, dua kelemahan ini juga harus segera diatasi segera.

Katanya, dalam dua perlawanan STL di Kota Bharu minggu lalu, mereka mengesan beberapa kelemahan yang masih wujud, dari aspek umpanan dan servis.

“Kesempatan yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk mengatasi kelemahan tersebut.

“Saya akui menuju minggu-minggu akhir saingan setiap pasukan pastinya mahu mencuri mata-mata penting, jadi ATM Guardias perlu waspada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tanpa berselindung katanya, kemenangan ATM lebih bersandarkan kepada nasib terutama ketika menewaskan Bomba Fighters.

“Setiap pasukan yang berdepan dengan ATM Guardians akan bermain tanpa tekanan dan mencuba nasib untuk menang.

“Jadi saya mahu pemain kekal ‘tenang’ berdepan situasi berkenaan,” ujarnya.

Katanya, ATM akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kedudukan pendahulu ketika saingan berbaki empat perlawanan.

“Insya-Allah tahun ini kami akan berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan impian merangkul kejuaraan.

“Apa yang penting kekal fokus dan elak tertekan dalam setiap perlawanan selepas ini kerana ia boleh memberikan kesan tidak baik,” katanya.

Selepas mengharungi 14 perlawanan ATM Guardians gah di puncak liga dengan mengumpul 24 mata hasil 12 kemena­ngan, lapan mata mengatasi Kuala Lumpur Thunder. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya