Salah tidaklah sehebat mana - Aboubakar - Utusan Malaysia

Salah tidaklah sehebat mana – Aboubakar

MOHAMED Salah (tengah) meraikan kejayaan Mesir melangkah ke final Piala Negara-Negara Afrika selepas menyingkirkan Cameroon di Stadium Olembe, Yaounde semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAOUNDE, Cameroon: Kapten Cameroon, Vincent Aboubakar mengakui, dia tidak melihat Mohamed Salah pemain yang hebat sepanjang Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) berlangsung, malah menyifatkan penyerang Liverpool itu tidak sebagus Kylian Mbappe.

Salah telah meledak 23 gol dalam 26 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, malah melakukan sembilan umpanan.

Pemain berusia 29 tahun itu turut meledak dua gol sepanjang Afcon 2021 bagi membawa pasukannya mara ke final dengan menumpaskan Aboubaka dan rakan-rakannya menerusi penentuan sepakan penalti 3-1 semalam.

Meskipun ramai yang memandangnya sebagai pemain terbaik dunia, namun penjaring terbanyak Afcon setakat ini, Aboubakar yang telah menghasilkan enam gol tidak terlalu teruja dengan prestasi Salah.

REAKSI Vincent Aboubakar selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan Mesir semalam. – AFP

“Dia mempunyai pengalaman hebat dalam EPL dan membantu negaranya pada kejohanan ini. Saya mendoakan yang terbaik buatnya.

“Secara peribadi, dia tidak menarik perhatian saya. Saya hanya memberi pandangan yang jujur, berdasarkan apa yang saya rasa.

“Jika dia bagus, pasti saya akan berkata kata dia bagus, tetapi itu tidak berlaku.

“Dia pemain yang baik, dia menjaringkan banyak gol namun dia tidak menghasilkan apa-apa yang luar biasa dalam permainan,” kata penyerang kelab Arab Saudi, Al Nassr itu.

Kata Aboubakar, jika dinilai dari sudut pemain mana lebih bagus, Mbappe jauh lebih layak digelar ‘fenomena’ kerana bakat luar biasanya.

“Salah pemain yang bagus namun tidak setaraf Mbappe,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya