Rusdee bantu Bomba keluar dari kedudukan tercorot - Utusan Malaysia

Rusdee bantu Bomba keluar dari kedudukan tercorot

BOMBA Fighters menewaskan Johor Tigris dalam saingan sengit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain import dari Thailand, Rusdee Leerem menjadi kunci kejayaan Bomba Fighters melakar kemenangan ke atas Johor Tigris dalam aksi Premier yang berlanjutan sehingga ke set penentuan pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Kehadiran Rusdee pada separuh kedua musim STL banyak mengubah rentak permainan Bomba yang mempamerkan persembahan bertenaga untuk mencipta kemenangan keempat pasukan itu musim ini.

Skuad bimbingan Ahmad Mohd Zin itu membuka aksi mereka dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan 23-21 dalam perlawanan yang berlangsung sengit.

Permainan yang disambung dalam set kedua, bagaimanapun, berpihak kepada pasukan Harimau Selatan apabila Bomba terpaksa akur dengan kekalahan 19-21.

Aksi set ketiga, Bomba kembali bangkit dan tidak lagi membuka peluang kepada Johor untuk menang 21-13.

Kemenangan tersebut menyaksikan Bomba kini melonjak ke tangga kesembilan setelah mengumpul lapan mata, manakala Johor di tempat kelapan juga dengan jumlah mata yang sama.

Esok, Bomba sekali lagi turun ke gelanggang dan kali ini, Perak Bison pula menjadi lawan mereka pada pukul 3 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya