RM240 juta beri sinar buat sukan negara

RM240 juta beri sinar buat sukan negara

ATLET negara menerima khabar gembira apabila Program Podium akan diteruskan sehingga 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah kecoh kerana ketia­daan peruntukan dalam pembetangan Bajet 2022 tahun lalu, sukan negara melalui Program Podium mendapat nafas baharu apabila diteruskan dengan dana lebih besar.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan kerajaan bersetuju meneruskan program berkenaan sehingga 2025 de­ngan peruntukan keseluruhan RM240 juta.

“Kita mendengar keluhan daripada atlet yang ditamatkan kontrak. Kita mendengar harapan daripada pencinta sukan tanahair.

“Kita mendengar keluhan daripada kepimpinan persatuan sukan dan saya bawakan suara mereka ini ke mesyuarat jemaah menteri.

“Alhamdulillah, Jemaah Menteri mendengar dan bersetuju Program Podium diteruskan mulai tahun ini sehingga 2025,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika mengumumkan pelaksanaan Program Podium serta Temasya Sukma dan Para Sukma 2022 di Menara KBS di sini semalam.

AHMAD Faizal Azumu dalam sidang akhbar pelaksanaan program Podium dan Temasya Sukan dan Para Sukma di Menara KBS di Putrajaya semalam. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Sukan elit

Program persiapan khas atlet sukan elit tersebut dilaksanakan sejak 2015 dan biasanya mendapat peruntukan tahunan RM50 juta. Ia pada asalnya diletak di bawah Institut Sukan Negara (ISN) sebelum dipindahkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN) pada 2018.

Ahmad Faizal berkata, Kabinet bersetuju program tersebut menerima dana RM60 juta untuk setiap tahun.

Sebelum ini, MSN menetapkan pencapaian di peringkat kejohanan tertinggi sejak 2019 sebagai petunjuk prestasi utama (KPI). Ini untuk membolehkan atlet kekal dalam program latihan kendalian MSN itu bermula 2022.

Penetapan syarat lebih ketat adalah langkah diperkenalkan semula MSN selepas berdepan realiti tiadanya peruntukan khusus untuk meneruskan Program Podium yang berakhir sebaik tamat Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Ia menyaksikan hanya 288 atlet yang benar-benar layak dikekalkan bagi mengikuti program latihan sepenuh masa menjelang tiga temasya utama tahun ini. Iaitu Sukan SEA Hanoi di Vietnam;

Sukan Komanwel di Birmingham, United Kingdom; dan Sukan Asia serta Sukan Para Asia di Hangzhou, China. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya