Rejaman 'menggila' Aekasit julang Harimau Kumbang - Utusan Malaysia

Rejaman ‘menggila’ Aekasit julang Harimau Kumbang

stl
AKSI Aekasit Naphom (No. 5) ketika membantu Penang Black Panthers menentang Kelantan Warriors.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Rejaman ‘menggila’ Aekasit Naphom menghadiahkan kemenangan kedua berturut-turut buat Penang Black Panthers apabila menewaskan Kelantan Warriors 2-0 aksi Premier kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Kompleks Sukan Panji di sini, sebentar tadi.

Kelantan Warriors yang terdesak memburu kemenangan beraksi dengan cemerlang di awal permainan apabila mengemudi saingan 12-10.

Selepas itu penyokong yang hadir ke Kompleks Sukan Panji dihidangkan dengan aksi berbalas-balas pungutan mata, sekali gus ‘membakar’ pertembungan antara kedua-dua pasukan apabila terikat pada kedudukan 22-22.

Tuah nyata milik Harimau Kumbang apabila meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 23-22 hasil aksi cemerlang rejaman Aekasit.

Aksi set kedua, Kelantan Warriors memasukan tekong berpengalaman Mohd. Zulkifli Abdul Razak atau Sobey untuk menggantikan Nazmi Najib bagi menambah sengat di posisi berkenaan.

Situasi itu nyata tidak mengubah momentum Harimau Kumbang yang terus melompat laju meninggalkan Kelantan Warriors pada kedudukan 11-4.

Kelantan Warriors kembali membawa masuk Nazmi, namun Penang Black Panthers terus bermaharajalela dengan jauh meninggalkan skuad pantai timur itu pada mata 19-7.

Aekasit terus menganas selepas itu dengan membawa pasukannya berada di mata ke-19 sebelum servis Faisal Fuad menghadiahkan kemenangan buat Harimau Kumbang dengan 21-7. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya