Perjalanan hidup Brendan jadi inspirasi jersi 'away' Selangor - Utusan Malaysia

Perjalanan hidup Brendan jadi inspirasi jersi ‘away’ Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bertemakan ‘Terus Berjuang’, kisah hidup Brendan Gan dalam melawan penyakit kanser menjadi inspirasi kepada jersi ‘away’ Selangor yang dilancarkan hari ini.

Dengan kerjasama penaja mereka, TDC Holding Sdn. Bhd., jersi itu yang didedikasikan untuk semua pesakit kanser di seluruh dunia dilancarkan bersempena Hari Kanser Sedunia yang turut disertai Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Sunway Medical dan Sunway Piramid.

Jersi tersebut diinspirasikan daripada perjalanan hidup ketua pasukan, Brendan yang berjaya melawan kanser testis yang dihadapinya sejak Julai lalu dan kini telah kembali menjalankan latihan bersama rakan-rakan sepasukan.

Jersi ‘away’ 2022 menggunakan warna ‘teal’ iaitu gabungan warna biru dan hijau yang membawa maksud pembaharuan, manakala warna fuchsia (unggu kemerah-merahan) pula amat dekat dengan kempen Hari Kanser Sedunia membawa maksud berani, bersemangat serta yakin untuk berjuang dalam menempuh cabaran.

“Penggunaan riben kanser sebagai simbol utama di belakang jersi ‘away’ 2022 menunjukkan sokongan pasukan kepada mereka yang sedang mengharungi kanser dengan harapan kempen ini dapat menyebarkan tentang penyakit itu kepada orang ramai.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak TDC, MAKNA, NCSM, Sunway Medical dan Sunway Piramid sekali gus dapat memperkuatkan lagi pelancaran jersi itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr. Johan Kamal Hamidon.

Selain pelancaran jersi, Selangor FC turut membuat majlis pengenalan barisan pemain utama pasukan bagi mengharungi saingan musim 2022.

Bekas pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang, Fazly Mazlan, antara yang bakal memperkuatkan Gergasi Merah musim ini, selain beberapa pemain import.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya