Perak FC akhirnya perkenalkan skuad 2022 - Utusan Malaysia

Perak FC akhirnya perkenalkan skuad 2022

PEMAIN skuad Perak FC yang akan menghadapi Liga Perdana 2022 bermula Mac ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Teka-teki mengenai pemain dan pegawai pasukan Perak FC bagi menghadapi Liga Perdana musim 2022 bermula bulan depan berakhir apabila kelab itu mengumumkan nama-nama mereka hari ini.

Enam pemain skuad musim lalu iaitu Idris Ahmad, Mohd. Firdaus Saiyadi, Muhammad Nasrullah, Danish Haziq, Muhammad Nazmi dan Farid khazali adalah antara 20 pemain yang didaftarkan untuk menghadapi kejohanan bermula 5 Mac itu.

Turut disenaraikan ialah lima orang pemain Piala Presiden iaitu Akmal Hazim, Hakimi Isa, Syazwan Syazany, Alif Zikri dan Aiman Yousni, manakala baki sembilan pemain adalah dari  Perak FC II.

Mereka adalah dua penjaga gol muda Farhan Majid dan Yuganes Ganessan serta Nasrol Amri, Borhan Rahaman, Aiman Khairul Yusni, Khairul Syafiq, S. Pavithran dan Aidril Faqil .

Sementara itu, bekas pemain Faizal Zainal dilantik sebagai pengarah bola sepak, manakala bekas jurulatih skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah selaku Ketua Jurulatih Bos Gaurus.

Pengumuman nama pemain dan pegawai itu dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kelab, Muhammad Yunus Zakaria hari ini.

Perak FC hanya boleh mendaftar seraia 20 pemain berikutan sekatan oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA terhadap Perak kerana berhutang tunggakan gaji. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya