Perak Bison bergelut untuk menyelamatkan diri - Utusan Malaysia

Perak Bison bergelut untuk menyelamatkan diri

ATM Guardians menunjukkan aksi mantap ketika menumpaskan Perak Bison dalam perlawanan STL 2021/2022 di Spice Arena, Bayan baru hari ini. - IHSAN STL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU: Perak Bison bakal melalui jalan berliku untuk menyelamatkan diri daripada tersingkir ke Divisyen 1 musim depan selepas kalah 0-2 kepada juara baharu Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022, ATM Guardians di Spice Arena di sini, sebentar tadi.

Kekalahan 16-21, 10-21 meletakkan skuad bimbingan Suhairi Abd. Aziz di tangga kedua tercorot dengan 10 mata, dua mata di belakang Bomba Fighters yang menjadi pasukan terakhir di ‘zon selamat’.

Perak kini mengharapkan sokongan padu penyokong sendiri apabila minggu terakhir STL 2021/2022 memasuki Ipoh hujung minggu depan untuk menyelamatkan diri daripada terjerumus ke Divisyen 1.

Bison akan berdepan Putrajaya Cyborg (Sabtu) dan pasukan tercorot liga, Kelantan Warriors pada Ahad dalam dua perlawanan terakhir liga.

ATM Guardians menunjukkan aksi mantap ketika menumpaskan Perak Bison dalam perlawanan STL 2021/2022 di Spice Arena, Bayan baru hari ini. – IHSAN STL

Dalam aksi di Spice Arena hari ini, trio ATM, Tunku Azwan Azwari (tekong), Sobrie Samsudin (pengumpan) dan Afifudin Razali (perejam) bermula garang apabila mendahului 11-7 sebelum menang 21-16.

Biarpun sudah mengesahkan kejuaraan lebih awal dan merehatkan tonggak utama, namun ATM tetap unggul menguasai permainan.

Gandingan trio ATM kali ini berjaya menjinakkan lawan dengan menjarakkan 10 mata jauh meninggalkan Bison 17-7 di saat akhir set perlawanan.

ATM berjaya meraih kemenangan ke-14 mereka apabila berjaya memperoleh mata mudah 21-10 di akhir set kedua pada perlawanan terakhir di Pulau Mutiara malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya