BEIJING: Max Parrot sudah bangkit sepenuhnya daripada penyakit kanser apabila menghadiahkan pingat emas pertama Kanada dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di sini semalam.
Pada temasya terakhir di Pyeongchang 2018, Parrot memenangi perak acara papan salji slopestyle dan 10 bulan kemudian dia disahkan menghidap limfoma Hodgkin atau kanser darah.
Semalam, Parrot membuktikan dia sudah keluar daripada derita yang dilalui dengan mencatat keputusan lebih baik berbanding empat tahun lalu.
Parrot yang meraikan kemenangan dengan penuh emosi menewaskan peluncur tuan rumah, Su Yimin.
Rakan senegaranya, Mark McMorris pula membawa pulang gangsa.
“Setiap kali saya memijak papan salji, saya tersenyum dua kali lebih lebar daripada sebelum ini.
“Semua tenaga positif itu diserapkan dalam latihan dan pertandingan,” kata peluncur kelahiran
Senyuman peluncur berusia 29 tahun itu kini semakin lebar selepas merangkul emas Olimpik pertamanya, menambah kerjaya cemerlang yang turut merangkumi lapan pingat dalam Sukan Ekstrem.
Parrot menang selepas melakukan aksi cemerlang dalam saingan kedua dengan mengutip 90.96 mata.
McMorris mengumpul 88.53 mata, hanya hanya 0.17 mata di belakang Yimin. – AGENSI