Ozil datang Perak? Alangkah bagus jika realiti - Utusan Malaysia

Ozil datang Perak? Alangkah bagus jika realiti

GAMBAR yang dikongsi Mesut Ozil dalam media sosialnya hingga mencetus ‘kekecohan’ dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: “Hanya gambarnya yang berlatar belakangkan Masjid Ubudiah, bukan bermakna dia nak datang bermain untuk Perak FC, tapi alangkah bagus jika itu menjadi realiti”.

Itu kata sumber dalaman pemilik Perak FC, Impact Media Communications Sdn. Bhd. (IMC) mengenai kekecohan apabila bintang bola sepak Jerman, Mesut Ozil menjadikan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar sebagai latar belakang gambar beliau dalam media sosial.

Kenyataan itu sekali gus menyangkal kononnya pemenang Piala Dunia 2014 bersama Jerman itu akan menyarung jersi Perak dalam kancah Liga Perdana musim ini.

Sumber yang enggan namanya disiarkan menganggapnya sebagai jenaka oleh peminat Bos Gaurus.

“Kenyataan peminat bahawa Mesut Ozil akan menyarung jersi Perak hanya kerana gambar tersebut sebagai jenaka penyokong dalam Facebook.

“Hanya kerana gambar itu berlatar belakangkan Masjid Ubudiah maka pemain itu dikaitkan dengan kedatangan ke Perak.

“Agaknya jika ada gambar Masjid Nabawi, Ozil mungkin dikatakan akan bermain untuk Mekah atau Madinah, ” katanya berseloroh.

Menurut sumber itu, tidak timbul soal untuk mengambil khidmat pemain tengah Kelab Turki, Fernabahce itu.

“Tidak ada apa-apa berita mengenai perkara itu tetapi alangkah bagus jika menjadi realiti,” katanya.

Semalam kecoh dalam media sosial apabila Ozil berkongsi gambar beliau berlatar belakangkan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar itu hingga mendorong penyokong mengaitkan kedatangannya ke Perak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya