NS Antlers kejutkan juara bertahan - Utusan Malaysia

NS Antlers kejutkan juara bertahan

APIT kanan Negeri Sembilan Antlers, Hafizul Hayazi Adnan (kanan) melakukan libasan ketika menentang Kuala Lumpur Thunder dalam saingan Premier, STL 2021/2022 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan (NS) Antlers melakar kejutan ke atas juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Thunder setelah menang 2-1 dalam aksi Premier pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Seawal set pertama lagi, anak-anak buah Shahibol Mazlan telah mempamerkan persembahan menyakinkan apabila menang 21-17.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan kehilangan fokus pada set kedua apabila mereka tewas mudah 11-21 sehingga membuka laluan kepada KL Thunder mengheret perlawanan ke set penentuan.

Aksi dalam set ketiga, skuad rusa kembali bangkit apabila mereka memperkemaskan serangan dan pertahanan untuk menutup permainan dengan kemenangan 21-11.

Kemenangan tersebut menyaksikan Negeri Sembilan kekal di kedudukan keempat dengan 12 mata, manakala Kuala Lumpur masih di tempat kedua setelah mengumpul 14 mata keciciran enam mata di belakang pendahulu STL, ATM Guardians yang mengutip 20 mata.

Perlawanan tersebut merupakan yang terakhir buat kedua-dua pasukan di ibu negara dan STL bakal bersambung di Kompleks Sukan Panji di Kota Bharu, Kelantan bermula 18 hingga 20 Februari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya