Nike gantung hubungan dengan Greenwood - Utusan Malaysia

Nike gantung hubungan dengan Greenwood

MASON GREENWOOD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengeluar barangan sukan gergasi, Nike menggantung hubungan dengan penyerang Manchester United, Mason Greenwood selepas pemain berusia 20 tahun itu terpalit dengan dakwaan menyerang seorang wanita.

“Kami menggantung hubungan dengan Mason Greenwood. Kami amat bimbang dengan dakwaan tersebut dan memantau  rapat situasi itu,” kata jurucakap Nike dalam satu kenyataan hari ini.

Wanita berkenaan memuat naik video, gambar dan audio dalam Instagram, Ahad lalu mendakwa telah diserang secara seksual oleh pemain England itu, sebelum memadamnya.

Polis Greater Manchester berkata, seorang lelaki ditahan berkaitan dakwaan rogol dan serangan untuk membantu siasatan.

Semalam polis berkata, penyiasat diberikan ‘masa tambahan untuk bercakap dengan lelaki berusia 20-an itu.’

“Suspek berkenaan ditahan petang semalam (Ahad 30 Januari) dan masih ditahan,” kata polis.

United dalam satu kenyataan semalam turut mengesahkan Greenwood tidak dibenarkan menjalani latihan bersama pasukan ‘sehingga diberitahu kelak’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya