Mun Yee atlet terbaru bergelar Datuk - Utusan Malaysia

Mun Yee atlet terbaru bergelar Datuk

LEONG Mun Yee menerima pingat PMW yang membawa gelaran Datuk. - IHSAN MAJLIS SUKAN NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas penerjun negara, Leong Mun Yee menjadi atlet terbaharu mendapat pengiktirafan dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan hari ini yang membawa gelaran Datuk.

Berita tersebut dikongsi Majlis Sukan Negara (MSN) yang menulis dalam Facebook: “Bekas atlet terjun negara @AngelaLeong (Mun Yee) terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.”

Mun Yee muncul atlet terjun kedua menerima pengiktirafan yang membawa gelaran Datuk selepas Pandelela Rinong dianugerahkan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 9 Oktober lalu.

Lebih manis, Mun Yee menerima anugerah itu dalam Istiadat yang sama jaguh paralimpik negara, Abdul Latif Romly menerima anugerah PMW.

Mun Yee mengumumkan persaraan selepas tamat Sukan Olimpik Tokyo tahun lalu, iaitu setelah 27 tahun menabur bakti kepada negara.

Sepanjang 27 tahun terbabit dalam sukan terjun, atlet kelahiran Perak itu telah menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa dalam Sukan SEA.

Mun Yee, 37, turut pernah memenangi perak bersama Pandelela dalam acara 10 meter seirama wanita pada Kejohanan Dunia di Gwangju 2019.

Sebelum ini, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Azizulhasni Awang turut dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang membawa gelaran sama.

Azizulhasni yang dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ menerima gelaran berkenaan menjelang aksi di Tokyo.

Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David antara atlet yang menerima pengiktirafan ketika masih aktif.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya