Mora, Tunku Ismail tidak jadi bersara - Utusan Malaysia

Mora, Tunku Ismail tidak jadi bersara

NAZMI Faiz Mansor meraikan jaringannya bersama Arif Aiman Hanapi kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Apa yang dipersembahkan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menumpaskan Kuala Lumpur City (KL City) 3-0 dalam perlawanan Sumbangsih kelmarin adalah ‘wajah’ sebenar Harimau Selatan yang bakal mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Lebih penting, dengan kemenangan itu, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan pengendali pasukan, Benjamin Mora kekal mengemudi Harimau Selatan bagi mengharungi musim 2022.

Mora berpuas hati melihat pasukannya menjadi diri sendiri dengan menguasai perlawanan sepenuhnya sebaik sepak mula, selain melancarkan serangan bertali arus hingga memaksa lawan berkampung di laman sendiri.

PENYERANG baharu JDT, Fernando Forestieri turut mencetak nama sebagai penjaring ketika membantu pasukannya menumpaskan KL City 3-0 dalam perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

“Dengan kemenangan ini, saya tak jadi untuk bersara, begitu juga dengan bos besar JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tak perlu tarik diri dari dunia bola sepak. Ia menjadi keseronokan buat saya untuk mengendalikan pasukan ini dan bersemangat untuk memberi yang terbaik.

“Bagaimanapun kemenangan itu tidak akan membuatkan kami terlalu mendabik dada kerana masih ada ruang yang boleh ditambah baik di setiap posisi dalam membentuk pasukan yang lebih sempurna,” katanya.

BENJAMIN MORA

Kata Mora, beliau juga sudah dapat membaca muslihat lawan yang hanya menunggu peluang mereka melakukan kesilapan menerusi serangan balas.

“Saya berpuas hati dengan aksi yang ditunjukkan pemain dan kami membuat persiapan rapi bagi perlawanan ini. Inilah realiti yang sebenar, apa yang berlaku di Bukit Jalil (kalah final Piala Malaysia) tidak akan berlaku lagi tapi keputusan malam ini boleh berlaku berulang-ulang kali.

“Ini sudah menjadi resam dalam bola sepak, ada masanya kita perlu kalah (final Piala Malaysia) untuk kembali bangkit lebih hebat lagi bagi mengharungi musim baharu,” kata Mora.

Penyerang import baharu, Fernando Forestieri turut mencetak nama sebagai penjaring dalam penampilan sulung, manakala dua gol lagi dijaringkan Nazmi Faiz pada babak pertama serta pemain gantian, Afiq Fazail.

Mengulas mengenai aksi Forestieri, Mora memberitahu, dia mempamer aksi memukau membantu pasukan selain menjadi pemain yang boleh diberikan kepercayaan untuk mencetak gol pada perlawanan yang mendatang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya