Minamino bantu Jepun tundukkan Arab Saudi - Utusan Malaysia

Minamino bantu Jepun tundukkan Arab Saudi

TAKUMI Minamino (dua, kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Jepun mengalahkan Arab Saudi dalam kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Saitama, Jepun hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAITAMA, Jepun: Takumi Minamino and Junya Ito menghidupkan semula misi Jepun untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 apabila masing-masing meledak gol ketika membantu Blue Samurai menumpaskan Arab Saudi 2-0 dalam kelayakan zon Asia sebentar tadi.

Penyerang Liverpool, Minamino membuka tirai jaringan pada pertengahan babak pertama sebelum Ito menggandakan kedudukan di minit ke-50 dalam aksi di Stadium Saitama.

Arab Saudi yang kekal mengungguli Kumpulan B dengan kelebihan empat mata ke atas Jepun kini terpaksa menangguhkan hasrat untuk layak lebih awal ke pusingan akhir di Qatar.

Takumi Minamino melepaskan rembatan untuk gol pembukaan Jepun. – AFP

Kemenangan membuka kembali persaingan sengit merebut dua slot automatik dengan baki dua perlawanan,  pda ketika Australia juga masih dalam persaingan.

Skuad Socceroos akan menentang Oman awal pagi esok dan  menerima kunjungan Jepun di Sydney pada 24 Mac.

Jepun akan menentang Vietnam dalam aksi terakhir menentang Vietnam di tempat sendiri.

“Jika kami terus melakar kemenangan, tiada siapa dapat menyekat kami.

“Kami perlu melakukan persiapan terbaik menentang Australia untuk menang dan melayakkan diri ke Piala Dunia,” ,” kata pengurus Jepun, Hajime Moriyasu.

Jepun memulakan kempen kelayakan dengan dua kekalahan dalam tiga aksi pertama tetapi kini menang lima perlawanan berturut-turut.

KEPUTUSAN
(kelayakan Piala Dunia 2022 zon Asia)

Jepun      2-0 Arab Saudi
Lubnan   1-1 Iraq
Vietnam  3-1 China

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya