Middlesbrough malukan Manchester United di Old Trafford - Utusan Malaysia

Middlesbrough malukan Manchester United di Old Trafford

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Manchester United mengalami satu lagi kekecewaan apabila tersingkir pada pusingan keempat Piala FA kepada kelab liga bawahan, Middlesbrough hari ini.

Boro yang beraksi dari Liga Kejuaraan menang 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa sebenar permainan.

Selepas sepakan penalti Anthony Elanga yang tersasar melepasi palang gol memberi kekalahan pedih buat skuad bimbingan Ralf Rangnick.

Bintang Sweden itu satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan penalti dalam penentuan tersebut.

Jadon Sancho meletakkan United di depan pada babak pertama, namun pelawat menyamakan kedudukan 1-1 selepas rehat menerusi jaringan kontroversi Matt Crooks.

Jaringan itu mencetus kontroversi selepas Duncan Watmore didakwa mengawal bola dengan tangannya sebelum membuat umpanan.
Sebelum itu Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti di babak pertama, dan United kini tewas tujuh daripada lapan penentuan penalti termasuk ketika final Liga Europa menentang Villarreal musim lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya