Menang Piala AFF hanya satu permulaan - Utusan Malaysia

Menang Piala AFF hanya satu permulaan

Mano Polking (kiri) menandatangani lanjutan kontrak sebagai Ketua Jurulatih Thailand bersama Presiden FAT, Somyot Poompunmuang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mano Polking menegaskan, membawa Thailand muncul juara Piala AFF 2020 hanya satu permulaan buatnya selepas menyambung kontrak Ketua Jurulatih Gajah Perang sehingga 2023.

Jurulatih Brazil-Jerman berusia 45 tahun itu menandatangi lanjutan kontrak dalam satu majlis di hadapan Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Somyot Poompunmuang baru-baru ini.

“Saya gembira dan bangga mengumumkan bahawa kita akan terus bersama untuk dua tahun lagi.

“Terima kasih kepada Pre­siden Somyot, Madam Pang (pengurus pasukan, Nualphan Lamsam), kakitangan saya, penyokong Thailand dan sudah tentu terima kasih tidak ter­hingga kepada pemain saya!

“Inilah adalah kerja idaman saya sejak sekian lama. Saya suka menetap di Thailand. Saya gembira untuk terus bekerja di sini,” kata Polking dalam Facebook rasmi FAT.

Kata Polking, dua tugasan besar menanti Gajah Perang tahun ini iaitu cuba melayakkan diri ke Piala Asia 2023 menerusi aksi kelayakan, Jun depan, diikuti mempertahankan Piala AFF 2022, hujung tahun ini.

“Kami juga sedang mencari pemain baharu termasuk bintang muda yang kini beraksi untuk skuad remaja pada Sukan SEA dan kejohanan lain. Banyak kerja sedang menunggu kami,” kata­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya