Manjung City selamatkan karier bola sepak Izat, Aizat - Utusan Malaysia

Manjung City selamatkan karier bola sepak Izat, Aizat

BARISAN pemain Manjung City yang akan menggalas cabaran pada Liga M3 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerjaya bola sepak pemain muda, Mohamad Izat Ramli dan Aizat Sapuan Razali terselamat apabila diambil oleh pasukan Liga M3, Manjung City FC.

Kedua-dua pemain itu pada mulanya menghadapi kemungkinan tidak beraksi dalam kancah bola sepak domestik selepas diarah mencari pasukan lain oleh Perak FC.

Perak FC sebelum ini mahu meminjamkan mereka serta beberapa pemain lagi kepada pasukan lain kerana tidak mencapai piawaian, dan situasi itu mendorong kedua-dua pemain segera bertemu pengurus Manjung City, Azman Noh.

Azman yang juga bekas Pengurus Besar Perak FC, bersetuju mengambil khidmat kedua-dua.

AZMAN NOH

“Atas rasa simpati terhadap kedua-dua pemain ini, saya berjaya meyakinkan bos Manjung City supaya mengambil khidmat Mohamad Izat dan Aizat Sapuan bagi memperkasa kelab berpangkalan di daerah Manjung.

“Saya yakin akan keupayaan mereka kerana tahu kemampuan mereka,” kata Azman.

Azman berkata, selain dua pemain itu, Manjung City turut mendapat khidmat Muhammad Khairul Amizan Suhaimi.

“Khairul Amizan lebih awal menyertai Manjung City, jadi tiga pemain Perak FC menyertai kami,” katanya.

Azman berkata, kehadiran trio itu memantapkan lagi Manjung City yang akan bersaing dalam kumpulan A liga amatur tersebut.

Menurut Azman yang lebih dikenali sebagai Cikgu Man, Manjung City akan membuka kempen bertemu Imigresen FC di Stadium Seri Manjung pada 12 Februari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya