Malaysia bukan pasukan pilihan - Maloney - Utusan Malaysia

Malaysia bukan pasukan pilihan – Maloney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney menafikan bahawa anak-anak buahnya sebagai pasukan pilihan dalam Kejohanan AFF Bawah 23 (B-23) tahun.

Kejohanan di Phnom Penh, Kemboja itu bakal membuka tirai hari ini hingga 26 Februari.

Status itu mula diletakkan kepada Malaysia selepas juara bertahan, Indonesia terpaksa menarik diri berikutan beberapa pemain mereka dijangkiti Covid-19.

Ketiadaan Indonesia membuka peluang besar untuk pasukan muda kebangsaan menjadi juara Kumpulan B apabila hanya perlu mengatasi Myanmar, esok dan Laos (Jumaat).

Bagaimanapun, Maloney sekali lagi menegaskan bahawa penyertaan pasukannya di kejohanan berkenaan adalah sebagai medan ujian dan pendedahan buat 28 pemain yang dibawa.

BRAD MALONEY

“Saya tidak tahu mengapa anda (media) berkata kami akan menjadi pilihan kerana kami juga akan menghadapi beberapa cabaran untuk mara ke separuh akhir.

“Dalam pasukan juga akan beberapa pemain yang buat pertama kali beraksi di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang berlangsung secara maya, semalam.

Pencapaian terbaik skuad negara di kejohanan tersebut adalah pada 2005 apabila meraih kedudukan keempat.

Manakala pada edisi 2019 Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan, yang menyaksikan Indonesia muncul juara.

Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara terbaik akan ke peringkat separuh akhir yang dijadual berlangsung pada 24 Februari dan perlawanan akhir dijadual pada 26 Februari.

Selepas Piala AFF, skuad B-23 kebangsaan akan mengharungi tiga lagi kejohanan utama iaitu Sukan SEA, Sukan Asia dan Piala Asia B-23. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya