Mafuden nyalakan harapan Kelantan Warriors - Utusan Malaysia

Mafuden nyalakan harapan Kelantan Warriors

KELANTAN Warriors mempamer aksi bertenaga ketika menentang Bomba Fighters di Spice Arena, Bayan Baru malam ini. - IHSAN STL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN BARU: Perjuangan Kelantan Warriors untuk kekal dalam kancah Premier kembali menyala selepas menumpaskan Bomba Fighters 21-16, 21-19 dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Spice Arena, Bayan Baru malam ini.

Kemenangan itu masih tidak mengeluarkan Kelantan dari kedudukan tercorot liga dengan lapan mata, namun memberi harapan kepada anak-anak buah Azhar Sarbini untuk terus berjuang menjelang perlawanan terakhir minggu ketujuh, menentang Negeri Sembilan Antlers esok.

Meskipun beraksi tanpa beberapa tonggak, terutama Zulkifli Abdul Razak atau Sobey, skuad kendalian Azhar Sarbini itu mampu memberi tentengan sengit kepada Bomba Fighters dengan mengekori rapat mata sejak dalam set pertama.

Gadingan Naim Izani (tekong), Aidil Aiman (pengumpan) dan Mafuden Arwae (perejam) cukup memberi tamparan hebat buat pendatang baharu Liga Premier itu.

KELANTAN Warriors mempamer aksi bertenaga ketika menentang Bomba Fighters di Spice Arena, Bayan Baru malam ini. – IHSAN STL

Mafuden dilihat banyak melakukan aksi gulungan padu bagi membantu rakan pasukannya dalam mengejar mata di saat pasukan lawan mengasak deras sehingga di akhir set pertama dengan keputusan 21-13.

Kehadiran semula perejam Bomba Fighters Rusdee Leerem juga dilihat sedaya upaya menyamai mata dengan aksi rejaman dan apungan balas ke gelanggang lawan namun tidak menjadi.

Bagaimanapun, kemasukan tekong Irsyad Faiz Aziz bagi menggantikan Rusdee dalam set kedua berjaya memberi saingan sengit buat pihak lawan dengan berjaya mengekori rapat mata pasukan lawan 15-15.

BOMBA Fighters gagal memberi tentangan kepada Kelantan Warriors.

Mafudeen sememangnya mempunyai keistimewaan tersendiri apabila bijak membaca gerak balas lawan sekali gus melakukan gulungan tajam singgah menjengah ke gelanggang lawan.

Kerjasama yang diberikan Aidil Aiman dan Naim Izani juga turut sama membantu pasukan Warriors mendahului mata tanpa mewujudkan sebarang tekanan.

Ternyata, aksi cemerlang yang dipamerkan skuad tercorot itu mampu menaikkan semula semangat pasukan dengan keputusan 21-19 dalam set kedua. – UTUSAN ONLINE

KEDUDUKAN TERKINI STL 2021/2022

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya