Liverpool okey tanpa Salah, Mane - Utusan Malaysia

Liverpool okey tanpa Salah, Mane

DIOGO Jota (tidak kelihatan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika membantu Liverpool menumpaskan Leicester 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool hanya menurunkan Mohamed Salah pada babak kedua dan masih merehatkan Sadio Mane, namun Reds tetap mempamer aksi mantap ketika menumpaskan Leicester City 2-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris semalam.

Ketiadaan dua bintang pe­nyerang itu tidak memincangkan pasukan, sebaliknya membuka peluang kepada Diogo Jota menyerlah dengan meledak dua gol di Anfield, sekali gus menjadikan 17 jaringan disempurnakan musim ini.

Pendatang baharu, Luis Diaz yang membuat penampilan sulung Liga Perdana turut menyerlah, malah dia diturunkan dalam kesebelasan utama bagi membentuk gandingan bersama Jota dan Roberto Firmino.

LUIS Diaz turut menampilkan aksi cemerlang.

Pada ketika kontrak Salah, Mane dan Firmino akan ber­akhir tidak lama lagi, Reds dilihat sudah mempunyai pelan ‘B’.

Begitupun, terlalu awal untuk berbahas mengenai jentera serangan, apatah lagi Liverpool masih berharap dapat menyambung kontrak Salah.

Pengendali pasukan, Jurgen Klopp berkata, dia tidak tahu apakah Reds telah membeli Jota pada harga murah selepas membayar 41 pound (RM233 juta) kepada

Wolverhampton, dua tahun lalu kerana nilainya kini dikatakan melonjak kepada 70 juta pound (RM397 juta).

DIOGO Jota meraikan jaringannya ketika membantu Liverpool menentang Leicester di Anfield.

“Kami tahu dia memang bagus semasa kami menandatanganinya namun kami tidak tahu sejauh mana kemampuannya.

“Sekarang, dia terbukti sa­ngat bagus. Dia mampu mencipta gerakan, meledak gol dan berada dalam situasi yang tidak dijangkakan.

“Apakah kami membelinya pada harga yang murah? Saya tidak pasti tetapi Diogo pembelian yang amat berbaloi,” kata Klopp.

MOHAMED Salah dibawa masuk sebagai pemain gantian.

Sementara itu kata Diogo, dia bertuah kerana memiliki rakan-rakan sepasukan yang membantu kariernya berkembang di Anfield.

Kemenangan ke atas Leicester membolehkan Liverpool ­terus menghambat pendahulu liga, Manchester City dengan sembilan mata di belakang.

Liverpool yang akan bertemu Burnley esok berkelebihan satu mata dalam tangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya