Lelaki susah layak ke Piala Dunia, Malaysia kena 'tolak' wanita? - Utusan Malaysia

Lelaki susah layak ke Piala Dunia, Malaysia kena ‘tolak’ wanita?

THAILAND sudah dua kali beraksi di pentas Piala Dunia Wanita pada 2015 dan 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wujudkan Liga Malaysia (Liga M) Wanita jika Malaysia serius untuk memburu tiket ke Piala Dunia Wanita pada masa akan datang.

Itu saranan jurulatih di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Chris Olivia yang mengakui, peluang pasukan wanita untuk layak ke kejohanan peringkat tertinggi itu lebih cerah berbanding lelaki selepas melihat Filipina dan Vietnam menjadi negara terbaharu bakal beraksi dalam Piala Dunia.

Katanya, sudah tiba masanya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberikan lebih fokus kepada skuad bola sepak wanita selepas semakin banyak negara-negara jiran layak ke Piala Dunia Wanita.

Vietnam dan Filipina memahat sejarah layak ke Piala Dunia Wanita 2023 baru-baru ini selepas Thailand menjadi negara Asia Tenggara yang pertama beraksi di pentas berprestij itu pada 2015 dan 2019.

Chris yang merupakan jurulatih skuad wanita bawah 12 tahun Kuala Lumpur (KL) di bawah Program NFDP  berkata, Liga M untuk bola sepak wanita perlu diwujudkan dalam usaha untuk membawa skuad wanita negara layak ke Piala Dunia.

FILIPINA mengesahkan tiket ke Piala Dunia Wanita 2023 selepas menewaskan Taiwan pada suku akhir Piala Asia, 31 Januari lalu.

“Indonesia pun ada Liga Indonesia untuk wanita. Jadi, sudah tiba masanya pengurusan tertinggi seperti FAM untuk membuat Liga M untuk wanita yang membolehkan pemain di setiap negeri dapat bermain menunjukkan bakat.

“Bila sudah ada liga, barulah jurulatih dapat memilih pelbagai bakat pemain di seluruh Malaysia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Setakat ini, hanya dua liga kompetitif untuk wanita dijalankan iaitu Liga Super Wanita (WSL) di bawah kendalian Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Kejuaraan Bola Sepak Wanita Kuala Lumpur (KL Women’s Football Championship).

Chris merupakan bekas pemain pasukan KL sekitar tahun 2000 dan pernah terlibat bersama pengurusan pasukan wanita KL Sunbears.

VIETNAM muncul pasukan Asia Tenggara ketiga layak ke Piala Dunia Wanita selepas menewaskan Taiwan dalam playoff, Ahad lalu.

Mengulas lanjut, Chris yang juga merupakan anggota Women in Football (WIF) Malaysia berkata, program pembangunan perlu diperbaharui kerana dirinya merasai program sebelum ini tidak begitu berkesan.

“Perkembangan skuad bola sepak wanita semakin baik daripada sebelum ini tetapi ia masih tidak cukup dan bergantung kepada keberkesanan setiap program pembangunan yang dilakukan.

“Banyak perkara yang perlu diperbaiki seperti memperbaharui program yang sedia ada dari segi pemilihan pemain dan  jurulatih, baru nampak cahaya untuk skuad wanita melangkah ke Piala Dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya