Legenda Kelantan sertai Tok Jangkut Warriors - Utusan Malaysia

Legenda Kelantan sertai Tok Jangkut Warriors

BARISAN pemain TJWFC yang diperkenalkan di Jeram Mengaji, Pasir Puteh, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Tok Janggut Warriors Football Club (TJWFC) yakin mampu tampil sebagai juara Liga M3 musim ini apabila memancing legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha bersama anaknya, Aiman Shakir Hashim untuk menyertai kem pasukan itu.

Hashim, 56, dilantik sebagai Ketua Jurulatih TJWFC, manakala anaknya, Aiman Shakir, 25, tersenarai sebagai antara pemain baharu yang bakal memperkuatkan jentera pertahanan pasukan.

Presidennya, Mohamad Yusri Ismail berkata, pada musim ini, TJWFC menggugurkan hampir separuh pemain musim lepas sebelum mendapatkan khidmat nama-nama besar dari Liga Super dan Liga Perdana.

Katanya, selain Hashim selaku teraju kejurulatihan dan Aiman Shakir sebagai pemain, pasukan itu diperkuat dengan pemain senior berbakat seperti Khairul Izuan Rosli, Nizad Ayub dan Syazwan Yusof.

“Soal gaji bukan isu utama. Sebagai kelab baharu, kami mengambil kira penyertaan pemain-pemain berkaliber ini untuk menarik sokongan peminat bola sepak Kelantan.

“Perjuangan Tok Janggut menjadi inspirasi utama untuk TJWFC muncul sebagai kelab disegani pihak lawan,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis memperkenalkan pemain, pengurusan dan penaja pasukan di Jeram Mengaji Agro Resort, di sini semalam.

Dalam majlis itu, seramai 36 individu merangkumi pemain dan pengurusan diperkenal bagi menghadapi saingan Liga M3 musim 2022, dengan penajaan oleh Syarikat Ayam Putih Sdn. Bhd., AXE Sportswear, Tee Pro Printing dan Autotrader Truck and Bus Sdn. Bhd.

Mohamad Yusri juga berkata, setakat ini, pihaknya masih mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi penaja bagi menampung kos operasi TJWFC yang mencecah sekitar RM55,000 sebulan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya