Legenda hoki, Yahya Atan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Legenda hoki, Yahya Atan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sukan hoki negara menerima kehilangan besar hari ini apabila legenda hoki negara, Yahya Atan atau lebih mesra disapa Pakya, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dalam satu kenyataan berkata, Allahyarham yang pernah menyarung jersi kebangsaan pada Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles menghembuskan nafas terakhir pukul 6.45 petang tadi.

“Presiden, Ahli Lembaga Eksekutif dan staf KHM ingin menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga bekas ketua jurulatih pasukan Malaysia (Lelaki dan Wanita) Coach Yahya Atan atau lebih dikenali sebagai Pakya yang menghembuskan nafas terakhir jam 6.45 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.

“Allahyarham Pakya adalah seorang yang sangat mencintai sukan hoki dan banyak menghabiskan waktunya bersama membantu sukan hoki sama ada di peringkat akar umbi (pembangunan) mahupun di peringkat yang lebih tinggi.

“Jasa Allahyarham Pakya dan keluarga beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh MHC.

“Kami mendoakan semoga keluarga Allahyarham Pakya tabah menghadapi dugaan kehilangan insan tersayang.

“Semoga roh Allahyarham Yahya Atan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan beriman,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya