Lampard denda pemain hanya kerana ikat tali kasut - Utusan Malaysia

Lampard denda pemain hanya kerana ikat tali kasut

FRANK Lampard bersama pemain Everton pada hari pertamanya menyertai pasukan itu, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus baharu Everton, Frank Lampard mendenda seorang pemain ke­rana berhenti mengikat tali kasut pada hari pertama latihannya.

Bekas bintang Chelsea itu turut mengenakan banyak peraturan bagi menunjukkan bahawa dia bukan seorang yang bersikap lembut.

Seorang pemain yang tiba lewat beberapa saat ke mesyuarat selepas makan tengah hari diberitahu oleh Lampard untuk meletakkan wang di atas meja pada keesokan pagi.

Seluruh pasukan Everton termasuk Demarai Gray serta Dele Alli yang suka berpesta perlu mematuhi kod pakaian, dan peraturan itu sebahagian daripada senarai yang terletak di dinding bilik persalinan di Finch Farm.

PEMAIN Everton mendapati hidup tidak mudah di bawah bimbingan pengurus baharu, Frank Lampard.

Mana-mana bintang yang ditangkap menggunakan telefon bimbit ketika mesyuarat atau makan malam akan didenda 2,000 pound (RM11,316) dan mereka yang tidak pulang bersama pasukan selepas perlawanan di tempat lawan didenda 5,000 pound (RM28,290).

“Ia boleh menjadi denda pa­ling mahal dalam sejarah tetapi pasukan ini tahu mereka mesti mematuhi peraturan.

“Pemain agak kesal kerana terpaksa pulang sebagai satu kumpulan, kadangkala mereka suka menyendiri, terutama jika mengalami kekalahan.

“Lampard berkata terdapat kekurangan disiplin dalam skuad dan denda akan membantu menyatukan semua orang,” kata sumber dalaman pasukan itu.

Lampard mengendalikan perlawanan pertamanya menentang Brentford di pusingan keempat Piala FA semalam.

Dia mengambil alih tugas pengurus selepas Rafael Be­nitez dipecat bulan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya