Laluan berduri menanti Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Laluan berduri menanti Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laluan berduri menanti Harimau Malaya dalam pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini apabila diletak dalam Kumpulan E bersama pasukan No. 89 dunia, Bahrain.

Malaysia yang menghuni ranking ke-154 dunia turut diundi bersama Turkmenistan (134) dan Bangladesh yang berada pada ranking ke-186 dunia.

Bakal beraksi di laman sendiri, Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi motivasi buat anak-anak buah Kim Pan Gon untuk sekurang-kurangnya memburu dua kedudukan terbaik kumpulan bagi mencari tiket ke China tahun depan.

Juara setiap kumpulan dan lima naib juara terbaik akan mengesahkan tiket ke pusingan akhir.

Setakat ini, 13 pasukan sudahpun layak ke China iaitu China sebagai tuan rumah, Australia, Iran, Jepun, Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selain juara kumpulan pusingan kedua.

Empat lagi pasukan yang layak sebagai naib juara terbaik iaitu Iraq, Lebanon, Oman dan Vietnam.

Malaysia akan memulakan kempen dengan menentang Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh tiga hari kemudian. – UTUSAN ONLINE

UNDIAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2023

KUMPULAN A: Jordan, Kuwait, Indonesia, Nepal
KUMPULAN B: Palestin, Filipina, Yaman, Mongolia
KUMPULAN C: Uzbekistan, Thailand, Maldives, Sri Lanka
KUMPULAN D: India, Hong Kong, Afghanistan, Kemboja
KUMPULAN E: Bahrain, Turkmenistan, MALAYSIA, Bangladesh
KUMPULAN F: Kyrgyzstan, Tajikistan, Myanmar, Singapura

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya