KUALA LUMPUR: Pahang Mammoth yang diramal bakal menjadi pencabar dalam saingan Divisyen 1 dikejutkan pasukan kerdil, Labuan Drillers menerusi kekalahan straight-set pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.
Skuad bimbingan Mohd. Hirman Omar itu yang kerap melakukan kesilapan sendiri tunduk 18-21 di set pertama.
Permainan yang disambung dalam set kedua, menyaksikan Labuan melipat gandakan asakan dan tidak memberi laluan mudah kepada Pahang.
Skuad bimbingan bekas pemain kebangsaan, Mohd. Saiful Nizam Mohd. itu akhirnya meraih kemenangan 21-19 untuk menutup aksi lebih awal dan membawa pulang dua mata berharga dalam saingan Kumpulan B. – UTUSAN ONLINE