Kuala Lumpur tuan rumah Sukma 2022

Kuala Lumpur tuan rumah Sukma 2022

AHMAD Faizal Azumu bercakap pada sidang akhbar berkaitan pelaksanaan program Podium dan Temasya Sukan dan Para Sukma di Menara KBS, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah 14 tahun sejak kali terakhir diadakan di ibu kota, Sukan Malaysia (Sukma 2022) edisi ke-20 akan kembali diadakan di Kuala Lumpur tahun ini.

Ia susulan persetujuan kabinet setelah Johor memohon penangguhan temasya tersebut yang sepatutnya diadakan di negeri berkenaan selaku tuan rumah pada tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jemaah menteri yang bersidang pada hari ini turut bersetuju agar Sukma 2022 diadakan di sekitar Kuala Lumpur.

“Sehubungan permintaan kerajaan Johor, pihak kementerian telah pun membawa cadangan perpindahan lokasi Sukma dan Para Sukma 2022. Ia sudah dipersetujui Kabinet,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar bagi mengumumkan pelaksanaan Program Podium dan Temasya Sukma serta Para Sukma 2022 di Menara KBS, di sini hari ini.

Johor sepatutnya menganjurkan temasya dwitahunan itu pada 2020 lalu namun ia kemudian ditunda ekoran kebimbangan penularan wabak Covid-19 di seluruh negara pada masa tersebut.

Temasya sukan yang dipertandingkan untuk atlet bawah 21 tahun itu sepatutnya diadakan dari 6 hingga 14 Mac 2021 sebelum Para Sukma dari 5 hingga 10 April 2021. Namun sekali lagi ditangguhkan kepada tahun 2024 pula.

Pada 29 Oktober lalu, Ahmad Faizal mengesahkan Jawatankuasa Tertinggi Sukma bersetuju Majlis Sukan Negara (MSN) menganjurkannya di ibu kota tetapi tertakluk keputusan Kabinet.

“Dianggarkan seramai lebih kurang 12,000 orang akan terlibat terdiri daripada pegawai, atlet dan petugas temasya dengan penggunaan segala fasiliti ketika Sukan SEA 2017,” katanya.

Bilangan sukan yang bakal dipertandingkan setakat ini belum dimuktamadkan. Namun beliau menganggarkan kos dua temasya berkenaan boleh mencecah sehingga RM45 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya