KUALA LUMPUR: KPT-Masum Knights menebus kehampaan dalam aksi sulung semalam apabila membenam Sabah Mountaineers 2-0 dalam saingan Divisyen 1, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.
Skuad bimbingan Ahmad Sufi Mohamed Hashim itu mendominasi perlawanan sejak set pembukaan lagi apabila menang 21-10 ke atas Sabah.
KPT-Masum yang tewas kepada pendahulu Kumpulan A, PDRM Defenders semalam tidak memberi laluan kepada Sabah apabila mengakhiri aksi mereka dengan kejayaan 21-13 dalam set kedua.
Kemenangan tersebut menyaksikan KPT-Masum mengutip dua mata selepas dua perlawanan untuk menghuni kedudukan ketiga Kumpulan A. – UTUSAN ONLINE