Korea Selatan mara ke Piala Dunia kali ke-10 turut-turut - Utusan Malaysia

Korea Selatan mara ke Piala Dunia kali ke-10 turut-turut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Korea Selatan mengesahkan tiket ke Piala Dunia buat kali ke-10 berturut-turut selepas menumpaskan Syria 2-0 di Dubai awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Paulo Bento itu tidak pernah gagal beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia sejak di Mexico 1986, sekali gus mengiringi Iran yang sudahpun mengesahkan tiket pasukan Asia dari Kumpulan A.

Biarpun beraksi tanpa bintang Liga Perdana Inggeris, Son Heung-Min, Korea Selatan menguasai permainan dan hampir membuka jaringan menerusi rembatan jarak dekat Cho Gue Sung pada minit ke-43.

Dua gol babak kedua menerusi Kim Jin-su dan Kwon Chang-hoon memastikan kemenangan Korea Selatan, sekali gus melengkapkan kuota Kumpulan A kelayakan Asia untuk beraksi pada kejohanan  November ini.

KIM Jin-su (kiri) meraikan gol pembukaan Korea Selatan di Stadium Rashid, Dubai hari ini. – AFP

Hanya dua pasukan teratas daripada setiap dua kumpulan kelayakan Asia boleh mendapat tempat secara automatik, manakala pasukan ketiga akan berdepan lawan Amerika Selatan dalam pertembungan playoff.

Iran yang dibimbing Dragan Skocic sudahpun mengesahkan tiket lebih awal, Khamis lalu selaku pendahulu Kumpulan A selepas menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-0 menerusi gol Mehdi Taremi.

UAE yang dibimbing Bert van Marwijk berada di tangga ketiga dengan sembilan mata, tiga mata di depan Lubnan yang seri 1-1 berdepan Iraq di Sidon.

Sementara itu Jepun, semakin hampir ke pusingan akhir selepas menang 2-0 ke atas pendahulu Kumpulan B, Arab Saudi di Stadium Saitama semalam, yang membawa skuad kendalian Hajime Moriyasu hanya satu mata untuk ke puncak.

Harapan Australia untuk layak secara automatik berdepan masalah apabila penalti lewat Abdullah Fawaz membantu Oman seri 2-2 berdepan skuad kendalian Graham Arnold di Muscat.

Australia kekal di tangga ketiga Kumpulan B tetapi empat mata di belakang Arab Saudi dan tiga di belakang Jepun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya