Korea Selatan belum puas hati, mahu jadi juara kumpulan - Utusan Malaysia

Korea Selatan belum puas hati, mahu jadi juara kumpulan

PEMAIN Korea Selatan meraikan kejayaan mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2022 selepas menumpaskan Syria 2-0 di Stadium Rashid, Dubai semalam. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Meskipun mengesahkan tiket ke Piala Dunia buat kali ke-10 berturut-turut ketika saingan masih berbaki dua perlawanan, namun Korea Selatan belum selesa kerana misi mereka selepas ini adalah menjuarai peringkat kumpulan.

Skuad Taegeuk Warriors bimbingan Paulo Bento mengesahkan tiket ke Qatar, November ini selepas menumpaskan Syria 2-0 di Stadium Rashid semalam, sekali gus menjamin tempat sebagai satu daripada dua pasukan terbaik kumpulan bersama Iran.

Iran yang mengesahkan tiket lebih awal dengan mengalahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-0 kelmarin, mengungguli Kumpulan A dengan dua mata mengatasi Korea. Kedua-dua pasukan akan berentap sesama sendiri pada 24 Mac.

“Kami sudah melayakkan diri ke Piala Dunia, satu beban sudah terlerai tetapi tugas belum selesai.

“Ada dua perlawanan me­nunggu selepas kelayakan tamat. Kami mahu mengutip enam lagi mata yang ditawarkan dan merampas kedudukan teratas Kumpulan A, itu sasaran selepas ini,” kata Bento.

Korea Selatan tidak pernah gagal melayakkan diri ke Piala Dunia sejak beraksi di Mexico 1986, malah kejayaan semalam diraih tanpa kehadiran bintang Liga Perdana Inggeris, Son Heung-min yang cedera.

Dua gol babak kedua menerusi Kim Jin-su dan Kwon Chang-hoon memastikan kemenangan Korea Selatan, dan menjadikan mereka pasukan ke-10 mengesahkan tiket pada Piala Dunia 2022 yang berlangsung dari 21 November hingga 18 Disember. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya